Sunday, January 13, 2008

ALATAN TANGAN

ALAT TANGAN

Alatan tangan dibahagikan kepada beberapa bahagian mengikut fungsi dan kegunaannya. Antaranya:

- alat menanda
- alat memotong
- alat membentuk
- alat memasang dan
- alat menguji.

TAJUK : PERALATAN TANGAN ASAS ( COMMON HAND TOOLS)

TUJUAN: Kertas penerangan ini akan menerangkan kegunaan Spana, screw driver dan playar ,jenis-jenis spana, screw driver dan playar.

PENERANGAN:

Alat-alat tangan asas amatlah penting dalam sistem Penyejukbekuan dan Penyamanan Udara di mana alat-alat ini diperlukan ketika kerja-kerja penyeleggaraan, dan membaikpulih ke atas unit-unit tersebut.

SEPANA

Digunakan untuk mengetat atau melonggarkan nat atau skru

Jenis-jenis sepana
Terdapat beberapa jenis sepana yang biasa digunakan dalam bengkel kejuruteraan ialah:-

- Sepana soket ( socket spanner),Sepana kekotak (spanner box)
- Sepana hujung terbuka (open spanner),Sepana gabungan (comman spanner)
- Sepana hidup (adjustable),Sepana nat kembang
- Sepana paip,Sepana injap servis,Sepana daya kilas,Kunci allen,Sepana set skru

a) SEPANA SOKET

Sepana ini begitu meluas digunakan, terutamanya untuk membuka, mengetat atau melonggarkan nat yang kepalanya mempunyai segi. Sepana jenis ini digunakan pada tempat yang sempit dan tempat yang bersudut.
b) Sepana kekotak

Sepana jenis ini hampir serupa dengan sepana socket, tetapi bahagian dalamnya berbentuk kekotak.

c) Sepana paip

Digunakan untuk mengetat atau melonggarkan penyambung-penyambung paip dalam kerja-kerja pemaipan.
d) Sepana injap servis

Digunakan untuk melaraskan injap servis pada kedudukan hadapan, pertengahan dan belakang pada pemampat.

e) Sepana daya kilas
Digunakan untuk menyukat kekuatan piuh apabila mengetatkan nat

f) Kunci allen
Digunakan bagi mengetat dan melolnggarkan skru allen segienam atau segiempat di bahagian kepalanya

g) Sepana set skru
Digunakan untuk mengetat atau menlonggarkan skru yang berbentuk heksagon, philip dan rata

h) Sepana hujung terbuka
Kebiasaannya digunakan pada tempat yang terbuka

i) Sepana gabungan atau paduan
Adalah gabungan antara sepana hujung terbuka dengan sepana gelang (ring spana)
j) Sepana hidup (adjustable)
Ia boleh dilaraskan mengikut saiz nat dengan memutarkan skru pelaras yang terdapat pada badannya

k) Sepana nat kembang
Digunakan khusus dalam sistem pemaipan tiub kuprum bagi mengetat dan melonggarkan nat kembang.

1. Pemutar skru.
Digunakan untuk mengetat atau melonggarkan skru yang kepalanya berbentuk

a) Pemutar skru phillip
b) Pemutar skru rata
c) Pemutar skru kekotak

3) Playar
Digunaka untuk mengepit atau memegang sesuatu bendakerja seperti dalam kerja-kerja mengimpal.
Jenis-jenis Playar

a) Playar pepenjuru
Digunakan untuk memotong dawai dan penjuru-penjuru kepingan logam yang nipis.

b) Playar Muncung Tirus
Playar jenis ini digunakan bagi mengapit nat atau skru pada tempat yang sempit. Playar ini juga boleh digunakan untuk memotong dawai.

c) Playar pengapit
Digunakan untuk mengapit tiub kupram selepas proses mengecas dijalankan.

d) Playar tukang talian
Digunakan untuk memotong kabel atau dawai elektrik dalam kerja-kerja pendawaian. Getah pada bahagian pemegang bertindak sebagai penebat untuk keselamatan tukang talian

e) Playar penyambung gelincir
Digunakan untuk mengapit bahan atau logam yang tebal dan juga untuk nat.

f) Playar pengapit ragum
Digunakan untuk memegang bendakerja secara mengapit bagi kerja-kerja mengimpal, mencanai atau mengerudi.

g) Playar paduan
Digunakan bagi mengapit bendakerja yang halus, nipis dan juga untuk membengkok atau melengkongkan dawai.

h) Playar pencengkam
Digunakan untuk mencengkam bendakerja semasa kerja-kerja mengimpal, mencanai atau menggerudi.

(sumbangan siti fasliyana)
* gambar tidak dapat dipaparkan atas gangguan teknikal


http://spanar3292.tripod.com/alatan%20_tangan.htm
(sumbangan nur affini)

No comments: